Thursday, October 7, 2010

Eureka

Assalamualaikum dann salam sejahtera..

Anak-anak murid yang dikasihi sekalian..

Alhamdulillah..murid-murid tahun 6 telah selesai menduduki UPSR setelah bertungkus-lumus belajar dan memahami apa yang dipelajari. Kita berserah dan kita tunggu saja keputusan yang bakal kita terima tidak lama lagi.

Setiap tahun sekolah kita tidak terlupa untuk mengikuti perkembangan dunia sains dan teknologi peringkat daerah dimana PPD Kerian telah menwar-warkan kepada semua sekolah daerah Kerian tentang pertandingan EUREKA yang bakal diadakan pada 21 Oktober ini.

Kami di panitia sains SKM mengalu-alukan semua murid tahap 2 mengikuti aktiviti ini sama ada anda terpilih untuk menjadi peserta pertandingan atau sebaliknnya.

Tidak rugi anda mengetahui tentang EUREKA kerana intipatinya banyak berkisah tentang aplikasi tenaga dalam rumah pantai rekaan sendiri. Dapatkan maklumat EUREKA dari guru-guru sains anda di sekolah.

Anda cuba..anda pasti teruja.

No comments:

Post a Comment