Thursday, March 3, 2011

PROGRAM MASA ITU EMAS (MIE)

Program Masa Itu Emas adalah salah satu program Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah. Program ini masih diperingkat awal iaitu bermula pada 14.2.2011. Walaupun masih baru tetapi program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid-murid. Program MIE ini khas untuk murid-murid tahun 6. Panitia Sains telahpun diamanahkan melaksanakan program ini pada setiap hari Selasa. Program ini bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir jam 7.20 pagi. Panitia sains berjaya melaksanakan program ini dengan bantuan semua AJK Panitia Sains.



Cikgu Tan Jenny mengawasi murid-murid.






Cikgu Marwati menjawab pertanyaan murid.





Kusyuk mendengar penerangan guru

No comments:

Post a Comment